Followers

Friday, 27 July 2012

TwoSevenZeroSeven

Happy Beshday 2 Me..Happy Besday 2 Me.. Happy besday 2 'Ulan Elin' Happy Besday 2 Me... Hari nie merupakan hari Ulang Tahun Aku yang ker ker ker.. Rahsia!! Chewah.. .tak kisahlah tapi aku nak wish juga untuk kepuasan diri sendiri. Nak tau Umur aku?? Emm alahai rasa berat lak nak bagitau umur yang sememangnya sudah semakin KERTUE copy ayat Pak Nil (Aznil Haji Nawawi). Walaubagaimanapun kite kena bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memanjangkan umur kite sehingga hari ini.. Buat masa ini umur adalah sebagai angka,tapi jiwa  aku still muda lagi..hehehe..

Harapan aku sempena Menyambut Ulang Tahun pada tahun ini, agar Dipanjangkan Umur, Di lempahkan rezeki yang berkat, diberikan Kesihatan yang baik, ditetapkan Iman dan dipercepatkan Jodoh dengan orang yang baik2 dan Ikhlas menerima segala kekurangan aku.. Amin Ya Robbal Alamin.. Semoga umur aku yang semakin meningkat ini dapat Dapat Mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa..



 
Next
"

"

"

"


"

 NOW I'M 


Sunday, 8 July 2012

HoLiDaY

Indonesia

Negara yang akan di dijejaki untuk kali kedua untuk tahun 2012.



Map
Yuhoo hari tue aku ada kata nak tunjukan 'MAP atau lebih dikenali sebagai peta.. Kalau nak tahu tempat nielah yang aku pg nanti @ Bercuti (Cuti Panjang  selama 10hari gitu...) iaitu Sumatra, Indonesia. Pejam Celik Pejam Celik Esoklah masa nyer.. 10hb Julai 2012.. Aduhai apa2 pun aku belum kemas lagi... serabut perut..Eh serabut pala... Sempat ker nak beli itu ini. . Emmm better pakai apa yang ada.. Antara benda yang penting yang perlu dibawa:-


 kad Pengenalan @ IC

Sangat berbangga menjadi rakyat malaysia... Untuk membuktikan bahawa kite rakyat malaysia sejati hendakla di bawa bersama-sama tak kira tempat dan masa... PENTING!!!
 (Gambar diatas hanya rekaan semata2 harap maklum)

Pasport

Benda  kat atas nie paling penting... kalau x der kita dianggap  sebagai Pendatang Tanpa Izin hehe.. So penting sangat2 k..

 Duit Rupiah
Ha.. Ini kalau takde sangapla jawabnyer..  Apa pun x boleh!! Nak makan x boleh nak minum x boleh nak Shopping apatah lagi... huhuhu tapi duit sana a.k.a "Uwang orang sana panggil" bunyi jer besar main juta2 belion2 tapi berapala sangat... Contohlah dulu aku pi Bandung makan 'Nasi Ayam Penyet' Rp 12000.. Mak Oii mahal nyer... rupa2nyer  kalau duit RM6 jer.... Tulah tektik pengiraan perlu arif gak..!! Takut kena Tipu Lagi..
Next..
                                                                            Bag

Bag satu keperluan yang sangat penting. dimana kita boleh meletak'n pakaian kite nanti, Barang2 yang yang penting, keperluan peribadi  dll. Tapi kalau yang bercuti semata2 untuk berShopping tue.. x payah bawa baju banyak sangat.. buat berat beg jer nanti...


Lagi... lagi..


Telekong

Sebagai Umat Islam kite wajib menunaikan suruhannyer.. So kepada wanita Bawalah telekong untuk kita menunaikan solat nanti.. Solat itu tiang agama x gitu..



Sandle @ Selipar
Manala tau tengah syok2 berjalan tetiba pulokk kaki melecet.. Aduh!! sampai yang x mampu untuk berjalan macam mana?? Apa susah standby jer selipar.. x kisahlah jenis Mahal ker..murah ker, Selipar jepun ker... Selipar Jamban ker..(Bukan Org Tahu..hehehe) yang penting tak sakit kaki Ok..
So itu jer keperluan dan asas yang paling utama sebelum kitee bercuti keluar Negara.. x semestinyer Indon aje..Tapi Yang paling Penting dan Utama Kesihatan Perlu dijaga.. Ada Banyak Lagi tapi Masa itu'n Emas.. Banyak keje yang di Settle'n Sebelum Becuti... oklah bye..bye.
SELAMAT BERCUTI KEPADA DIRI SENDIRI..

yahoooo:)

Tuesday, 3 July 2012

SeVen@TuJuH



Pejam Celik.. Sekejap dah bulan 7 kan..kan..kan...
BERLANDASKAN KEPADA TOPIK DIATAS!!
Kenapa TUJUH? sebab aku sukala dengan nombor 7 kira nombor nie memang sebati dalam hidup aku.. Ada ONG orang cina cakap Nak Tahu Kenapa?? Ok aku bagitau:-
~ Ha..aku dilahirkan pada bulan 7
~ Tarikh Lahir aku jatuh pada 27hb (Ada 7 disitu)
~ digabungkan sekali gus 27.07 @27 July
~ Tapi tahun jerk lain.. 1984 (lari dari landasan hihihi)
~ So 27.07.1984 terlahirlah Aku di bumi Allah ini..Syukur Alhamdulillah...
~ Aku dibesarkan di Alamat 777-A Jalan Istana (Dah Tak Wujud alamat tue) Kuartes Kerajaan.
~ Aku dijaga oleh nenek aku lepas lahir sampai umur aku 7 Tahun.. Sampai roboh rumah nenek aku kesian..
   tapi Sekarang Nenek Aku dah Takde! Dah Meninggal Dunia. bulan 27.2 2012  Af-Fatihah
   Semoga ditempat'n didalam golongan org yang beriman.. Jasamu akan ku ingat Nek.

berbalik pada Topik asal iaitu"TUJUH" tadi... Dengan Tak dijangka dan rezeki dari yang Maha Esa, Insyallah kalau dipanjangkan umur 10-20 haribulan Julai 2012 (7) nie aku akan berangkat keluar Negara (Luar Negaralah sangat bwekk!!! walhal INDONESIA jerk...) atas urusan Keluarga. Biasalah aku nie'n kira penyebokk sejatila last2 minit mengatal nak ikut!!! Passport memang dah sedia ada apa lagi hahaha dah ada peluang pegi jelah'n, lagi pun duit Rupiah aku masa g Bandung ari tue ada lagi dalam BOX a.k.a Peti simpanan rahsia lebih kurang RM600 duit kite. Kalau ditukar dalam Rupiah berapa yek?? kiralah sendirila. jadi jutawanlah aku sekejap!! sejekap jer x lama ponn. Alang-alang menyeluk pekasam'n terasa rugi pulak kalau x menjejaki lagi ke sanaaa.. kali ini tempat yang berbeda..eh berbeza iaitu PADANG, SUMATRA INDONESIA pula... segala perancangan telah dirancang Flights from Kuala Lumpur (KUL) ke Padang, Indonesia (PDG) telah di booking 2 minggu lepas. So Semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat..Amin.. Nak tengok Map tak.? nak x? lain kali jerlah aku tunjuk yek!!! k lah sampai disini dulu Coretan utk kali ini.. sign Out dulu :)
Itulah Keistimewa'n bulan 7 bagi aku.. Ada pula rezeki yang x Dijangka..:)