Ulan Elin Story's
Followers
Tuesday, 31 July 2012
Friday, 27 July 2012
TwoSevenZeroSeven
Happy Beshday 2 Me..Happy Besday 2 Me.. Happy besday 2 'Ulan Elin' Happy Besday 2 Me... Hari nie merupakan hari Ulang Tahun Aku yang ker ker ker.. Rahsia!! Chewah.. .tak kisahlah tapi aku nak wish juga untuk kepuasan diri sendiri. Nak tau Umur aku?? Emm alahai rasa berat lak nak bagitau umur yang sememangnya sudah semakin KERTUE copy ayat Pak Nil (Aznil Haji Nawawi). Walaubagaimanapun kite kena bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memanjangkan umur kite sehingga hari ini.. Buat masa ini umur adalah sebagai angka,tapi jiwa aku still muda lagi..hehehe..
Harapan aku sempena Menyambut Ulang Tahun pada tahun ini, agar Dipanjangkan Umur, Di lempahkan rezeki yang berkat, diberikan Kesihatan yang baik, ditetapkan Iman dan dipercepatkan Jodoh dengan orang yang baik2 dan Ikhlas menerima segala kekurangan aku.. Amin Ya Robbal Alamin.. Semoga umur aku yang semakin meningkat ini dapat Dapat Mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa..
Next
"
"
"
"
"
"
"
NOW I'M
Sunday, 8 July 2012
HoLiDaY
Map
Yuhoo hari tue aku ada kata nak tunjukan 'MAP atau lebih dikenali sebagai peta.. Kalau nak tahu tempat nielah yang aku pg nanti @ Bercuti (Cuti Panjang selama 10hari gitu...) iaitu Sumatra, Indonesia. Pejam Celik Pejam Celik Esoklah masa nyer.. 10hb Julai 2012.. Aduhai apa2 pun aku belum kemas lagi... serabut perut..Eh serabut pala... Sempat ker nak beli itu ini. . Emmm better pakai apa yang ada.. Antara benda yang penting yang perlu dibawa:-
kad Pengenalan @ IC
Sangat berbangga menjadi rakyat malaysia... Untuk membuktikan bahawa kite rakyat malaysia sejati hendakla di bawa bersama-sama tak kira tempat dan masa... PENTING!!!
(Gambar diatas hanya rekaan semata2 harap maklum)
Pasport
Benda kat atas nie paling penting... kalau x der kita dianggap sebagai Pendatang Tanpa Izin hehe.. So penting sangat2 k..
Duit Rupiah
Ha.. Ini kalau takde sangapla jawabnyer.. Apa pun x boleh!! Nak makan x boleh nak minum x boleh nak Shopping apatah lagi... huhuhu tapi duit sana a.k.a "Uwang orang sana panggil" bunyi jer besar main juta2 belion2 tapi berapala sangat... Contohlah dulu aku pi Bandung makan 'Nasi Ayam Penyet' Rp 12000.. Mak Oii mahal nyer... rupa2nyer kalau duit RM6 jer.... Tulah tektik pengiraan perlu arif gak..!! Takut kena Tipu Lagi..
Next..
BagBag satu keperluan yang sangat penting. dimana kita boleh meletak'n pakaian kite nanti, Barang2 yang yang penting, keperluan peribadi dll. Tapi kalau yang bercuti semata2 untuk berShopping tue.. x payah bawa baju banyak sangat.. buat berat beg jer nanti...
Lagi... lagi..
Telekong
Sebagai Umat Islam kite wajib menunaikan suruhannyer.. So kepada wanita Bawalah telekong untuk kita menunaikan solat nanti.. Solat itu tiang agama x gitu..
Sandle @ Selipar
Manala tau tengah syok2 berjalan tetiba pulokk kaki melecet.. Aduh!! sampai yang x mampu untuk berjalan macam mana?? Apa susah standby jer selipar.. x kisahlah jenis Mahal ker..murah ker, Selipar jepun ker... Selipar Jamban ker..(Bukan Org Tahu..hehehe) yang penting tak sakit kaki Ok..
So itu jer keperluan dan asas yang paling utama sebelum kitee bercuti keluar Negara.. x semestinyer Indon aje..Tapi Yang paling Penting dan Utama Kesihatan Perlu dijaga.. Ada Banyak Lagi tapi Masa itu'n Emas.. Banyak keje yang di Settle'n Sebelum Becuti... oklah bye..bye.
SELAMAT BERCUTI KEPADA DIRI SENDIRI..
yahoooo:)
Tuesday, 3 July 2012
SeVen@TuJuH
Pejam Celik.. Sekejap dah bulan 7 kan..kan..kan...
BERLANDASKAN KEPADA TOPIK DIATAS!!
Kenapa TUJUH? sebab aku sukala dengan nombor 7 kira nombor nie memang sebati dalam hidup aku.. Ada ONG orang cina cakap Nak Tahu Kenapa?? Ok aku bagitau:-
~ Ha..aku dilahirkan pada bulan 7
~ Tarikh Lahir aku jatuh pada 27hb (Ada 7 disitu)
~ digabungkan sekali gus 27.07 @27 July
~ Tapi tahun jerk lain.. 1984 (lari dari landasan hihihi)
~ So 27.07.1984 terlahirlah Aku di bumi Allah ini..Syukur Alhamdulillah...
~ Aku dibesarkan di Alamat 777-A Jalan Istana (Dah Tak Wujud alamat tue) Kuartes Kerajaan.
~ Aku dijaga oleh nenek aku lepas lahir sampai umur aku 7 Tahun.. Sampai roboh rumah nenek aku kesian..
tapi Sekarang Nenek Aku dah Takde! Dah Meninggal Dunia. bulan 27.2 2012 Af-Fatihah
Semoga ditempat'n didalam golongan org yang beriman.. Jasamu akan ku ingat Nek.
tapi Sekarang Nenek Aku dah Takde! Dah Meninggal Dunia. bulan 27.2 2012 Af-Fatihah
Semoga ditempat'n didalam golongan org yang beriman.. Jasamu akan ku ingat Nek.
berbalik pada Topik asal iaitu"TUJUH" tadi... Dengan Tak dijangka dan rezeki dari yang Maha Esa, Insyallah kalau dipanjangkan umur 10-20 haribulan Julai 2012 (7) nie aku akan berangkat keluar Negara (Luar Negaralah sangat bwekk!!! walhal INDONESIA jerk...) atas urusan Keluarga. Biasalah aku nie'n kira penyebokk sejatila last2 minit mengatal nak ikut!!! Passport memang dah sedia ada apa lagi hahaha dah ada peluang pegi jelah'n, lagi pun duit Rupiah aku masa g Bandung ari tue ada lagi dalam BOX a.k.a Peti simpanan rahsia lebih kurang RM600 duit kite. Kalau ditukar dalam Rupiah berapa yek?? kiralah sendirila. jadi jutawanlah aku sekejap!! sejekap jer x lama ponn. Alang-alang menyeluk pekasam'n terasa rugi pulak kalau x menjejaki lagi ke sanaaa.. kali ini tempat yang berbeda..eh berbeza iaitu PADANG, SUMATRA INDONESIA pula... segala perancangan telah dirancang Flights from Kuala Lumpur (KUL) ke Padang, Indonesia (PDG) telah di booking 2 minggu lepas. So Semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat..Amin.. Nak tengok Map tak.? nak x? lain kali jerlah aku tunjuk yek!!! k lah sampai disini dulu Coretan utk kali ini.. sign Out dulu :)
Itulah Keistimewa'n bulan 7 bagi aku.. Ada pula rezeki yang x Dijangka..:)
Friday, 29 June 2012
WEekeNd
Salam..
Selamat Pagi.. semua!!! kepada semua rakyat MALAYSIA!!! Emmm dan hari nie hari yang paling menggembirakan bagi Kakitangan kerajaan atau org selalu sebut GOMEN (Termasuk akulah ) dan seangkatan dengan nyer!!! saper yg keje tue padan muka korang hihihihi ..Kalau time cuti off cozlah masa utk kite rehatkan otak!! setelah penat b'kerja selama 5hari.. penatlah sangat!!! penatlah jugakk jangan x tau yer. So masa nielah boleh BANGUN LAMBAT !!, Tapi macam aku, dah terbiasa bangun Awal.. busuk2 paling lambat pun kul 9pg. itu pun boleh dikira dalam setahun.. kadang2 tue.. dah bangun awal solat subuh sambung tido balik... Normal la tue kan x tau apa nak buat!! kekadang rasa pelik jugalah mcm mana ada org boleh tido, petang baru bangun (x pening palee ker) terpulangla masing-masing ada hak..aku x maksud sapa2 ponn.. tapi sape2 terasa Minta Maafla.. ini Luahan hati ku.. Haa kalau Pagi2 Time Cuti korang takderlah nak mengharugi Jalan Jam nak2 pulak kat area lembah Klang sakit hati jer!!! sape yang duk area sini taula... Aku pun dah ketandusan idea, tak tau nak taip apa lagi. Selamat berhujung minggu kepada yang berkenaan... yang x berkenaan 2 nasib korangla "Tak dapek den nak Nolong" dan kepada yang dah berkeluarga tue bawaklah Family korang g jalan-jalan yer... BUJANG2 LEH PERGI BERJIMBA DGN MEMBER2 yang xder DO IT.. duk diam2 kat umah!!! hehehe
` bye bye'
p/s: Hari Nie nak g Damansara :)
Thursday, 28 June 2012
(Wei AKU DaH Ada BLog!!!!)
Assalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh..
Ehem..Ehem Test 1,2,3 .1,2,3 Dengan lafas
BISMILLAHIRROHMANIRROHIM dengan ini Aku merasmikan
'BLOG ' (Wei AKU DaH Ada BLog!!!!) aku
dengan relahati,sukahati, senanghati,dan SEHATI DENGAN NYER...!
Tanpa perasaan SAKIT HATI buat masa ini... dan apa yang aku
akan coretkan, Luahkan dan Taipkan dalam ini BLOG adalah ikhlas dari hati
kecilku..pengalaman aku dan segala-gala tentang aku Insyallah
mulai hari ini.. yang lalu biarkan ia abaikan!!Kite sebagai manusia biasa tidak
lari dari melakukan kesilapan.. Jika ada apa2 kesalahan itu adalah lumrah dalam
hidup..; Walauapa pun terjadi hidup tetap diteruskan!! Minta maaf 10 Jari kalau
terkecil hati kalau terasa hati dengan apa yg aku luahkan dan seumpama dengan
nyer!!!! mcm raya Pulok... Oklah so so so soleh soleh...soleleh. hihihi. dahla
nanti free2 aku sambung lagi BYE..
Subscribe to:
Comments (Atom)










